Tuesday, January 31, 2012

When girl cry, guys should know this

Assalamualaikum :]


Aku saje nak copy and paste ketepek kat sini. Soooo, bacalah dan hayati. Huahahaha.


BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana kau wahai seorang lelaki? *tu diaaaa dah mengayat dahhh* Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Renung-renungkan :)


*tetibe emotional apehal cha? 

Sunday, January 29, 2012

Men of the day, YNWA the reds!

Assalamualaikum :]


"Mula-mula terima kasih kepada penyokong tegar The Reds ye sebab setia support kami. Hehe."


Sama-sama! Tidur lena malam ni. SIAPA KATA LIVERPOOL BOLEH BUAT LAUK BAGI TEAM MENYU TU?! Ceghite sikit. Alasan fan menyu "abang rooney tak main cane nak menang besarr, eleh dah nasib liverpool menang" Alasan laaaa, alasan bushuk. Ok fine la rooney memang hebat, tapi kira nasib jugak kan time ada rooney pun kita pernah seri waktu match dulu?


Terima hakikat, liverpool pun hebat juga.


Men of the day: Agger and Kuyt.


Permulaan game macam kurang menarik bagi aku sampaikan aku tertidur. Lepas ada orang jerit GOLLL!! Uit siapa gol? Mygod, Agger gol! Such a long time dude. Since then, baru semangat  bertambah tengok abang-abang aku main. Happy bebenor muka masing-masing terharu adik kat sini ;') Euww tetiba.  


First half,
First goal from Daniel Agger.

Oh yeah, I got a move like AGGER. Teehee.

Abang Stevie G. *haruslah mention nama captain* pun ada buat cubaan untuk shoot dannnnnnn yaa tapi tidak berjaya, bola terpesong keluar. Eh terpesong eh, entah lupa.
Gol korean boy menyu tu erm.. err.. errrr... hahaha sangat kelakar cara dia shoot. Ok tepuk tangan sikit untuk Menyu :)
Andy Caroll pun ada cuba untuk shoot tapi tak menjadi tapi dia assist Kuyt untuk menjaringkan gol yg kedua. Hohoho.

Second half, 
Second goal from Kuyt.
What a time to see your 50th goal.

Suarez was really enjoy watching the match. Semangat betul dia sorak bila gol && sangat lawak x)

Terserlah kerinduan dia nak main dengan Liverpool sebenarnya.

Lagi dua match je kau kena ban pastu kau boleh mula kasi kencang satu stadium.

Peluang lebih baik bagi THE REDS kalau Pak Cik Kenny masukkan Bellamy dalam first eleven. Apa-apa pun, that was such a fantastic win guys. Liverpool FC eliminates Manchester City from the Carling Cup, and with just ONLY 2 days to prepare, we eliminates Manchester United from the FA Cup today. Blessful. What a week for us ;') Keep it up. You'll Never Walk Alone, never. The Reds will face Cardiff City at Wembly on February 26. Can't wait to see their perfomance. Hoping their performance will be WAY better than today and much fun to watch. YNWA 


*aku teringat video FARADYABLE yg jadi pengulas sukan untuk game englan lawan belarus, gelak guling-guling aku haha

Friday, January 27, 2012

Semua mesti tahu, lelaki mesti kena TAHU

Assalamualaikum :]


Quick post. quick la sangat. Sedang santai lepaking di rumah makan nasi, aku tengok tv cerita 'Aku Masih Dara'. Ehem. Asyraff Muslim ada berlakon eh? Ahah. Lelaki idaman wanita la kannn. Dia dah berpunya. Harap kita dapat jodoh sama macam si Asyraff Muslim tu. Tak payah aku listkan ciri-ciri lelaki idaman kita. Semua dah tahu ^__^


Bila tengok movie tu balik, aku rasa macam kesian dekat pelakon Diana Amir. Sebab dalam  cerita tu dia nampak sexy sangat (ciptaan tuhan kan) and sekarang dia dah bertutup sempurna which means tutup aurat. taktau nak buat ayat cantik, maaf. The thing is, dia kan dah jumpa jalan yg betul tutup aurat semua --- kenapa pihak astrock masih siarkan cerita tu yg boleh mengaibkan dirinya sendiri? Tu lah masalahnya yg aku tertanya-tanya dan kurang berpuas hati. Itu macam maruah kita telah direndahkan dan memalukan diri, sedangkan kita dah pun metutup aurat. Sepatutnya pihak astrock tak ambik ringan pasal hal-hal macam ni. Bukan setakat pihak astrock je lah. Dari semua pihak. Contoh: kawan kau dah bertudung litup sempurna and perangainya pun semakin baik tapi kau still lagi publickan gambar kau dengan dia yg tak bertutup dulu. No no no. Cannot liddat. Sebab setiap orang yg pandang gambar dia tak tutup aurat tu adalah dosa. Silap-silap kita pun dapat dosa sebab menayangkan aurat orang lain yg dah pun insaf menutup aurat. --> Nampak manis je Diana Amir tutup aurat. Tengok tu, siap tutup  dagu lagi ;')


Jadi tegasnya di sini; tak elok kita buat macam tu. Apa la salahnya kita jangan siarkan lagi aib orang sebelum dia bertutup (tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan).


************
Lepas dah tengok tv, bukak pc jalan-jalan dekat blog The Other Khairul. Ahah, antara blogger lelaki paling awesome lah aku rasa. Ehem, tersedak TheOtherKhairul tengah minum kopi cap AhLi cafe. Tertarik dengan tajuk post dia 'Sebenarnya apa yg gadis Malaysia nak' (click this link  http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/09/sebenarnya-apa-yang-gadis-malaysia-nak.html) Tajuk post dia memang tak pernah tak cool. Malas nak cerita panjang, sila lah baca post tu tau - biar anda (khas pada lelaki) semua faham. *mendesak*

Kalau malas nak baca post tu, aku ringkaskan. Ada seorang laki tanya dekat web formspring kepunyaan TheOtherKhairul. 

"Girls please drop by your opinion, what do you wanna fine in men. Please describe it just only in one word"

Ramai perempuan yg jawab, and mostly jawapannya: iman, ikhlas, manly, setia, jujur.

Seriously korang memang harus baca karya Khairul.
Saje nak petik dari ayat anonymous, dekat post Khairul tu pun ada.
Ni antara salah satu jawapan yg paling cool & cambest yg dijawab oleh seorang perempuan daripada soalan lelaki tu;

"Tahu.

Dia tahu apa yg patut dia buat.
Dia tahu apa yg wajib dia jalankan.
Dia tahu mana buruk mana baik.

Pendek kata, dia tahu. Kemudian dia akan tahu tanggungjawabnya. TAHU untuk jujur, untuk setia, dan untuk ikhlas, dsb"

Simple je kan. Seorang perempuan nak seorang lelaki yg TAHU. Bila lelaki dah tahu, dia akan buat apa yg baik dan jauhkan yg buruk.




Ustaz Don Daniyal. 
Siapa kata ustaz tak boleh bergaya camni. Frankly speaking, memang hensem :)

*semoga kita dapat jodoh yg baik-baik, amin ^__^

Thursday, January 26, 2012

Rindu pantai #2

Assalamualaikum :]

Hai korang, jumpa lagiiii :) Dua hari di Port Dickson memang cooollll. Ehem, bercuti dekat tepi pantai, memang la sejuk angin kuat. LOL. Sila kuatkan semangat ketika membaca entri ni, mungkin entri ini akan menjadi agak panjang dan berjela yg mampu mengatasi 350++ patah perkataan di dalam esei BM yg saya telah lakukan semasa SPM 2011.

Day 1 at PD.
21 January 2012. Alhamdulillah around 12 pm, sampai hotel dekat Teluk Kemang, PD. Aduh. Paneh bona laa tengah haghi camnih, memang lawak bila 2 hari cuti je beg baju berlambak gila && banyak nak kena angkut haha ye lah lepas pergi PD nak balik kampung, bertimbun baju bawak. Haha tipu -..-  Lepas abah eden dah check in, kitorang memang ambek masa agak lama untuk angkut beg,  masalahnya nama je beg ada roda tapi rodanya dah rosak, tak pasal kena angkut. *oh oh sorry sentences repeated i guess*  Hotel yg kitorang stay memang terlebih cukup katil bagi keluarga yg mempunyai ahli seramai 6 orang ye. 2 katil king, 3 katil single. Oh shoootttt, adik aku dah cop katil king. Terpaksa aku ambik katil untuk seorang -___- Tapi apa-apa je lah kan, aku dah ada kat PD. *buat muka happy sikit :D  Plan pertama yg kami buat bila kitorang sampai je sana = TIDUR. Rehatkan mata && badan lepas 3 jam dalam kereta dari Puncak Alam haha then terus nak pergi main air dekat swimming pool! Ermm dah lupa lah bile last aku pergi swimming. Jadi untuk lepaskan kemaruk main air, aku & family pakat ramai-ramai nak terjun swimming pool - uwwww cool family kann? LOL. Paling kelakar tengok adik-adik aku gila excited. Nak pelampung apa semua. Padahal takde besar mana pun kolam tu. Cukup la untuk kita sekeluarga haha tipu lagiiii :) 


Memang makan masa beberapa minit untuk aku masuk dalam kolam tu. Jangan tanya kenapa. Sebab rasa janggal dah besar panjang ni masuk kolam. Ahah. Dulu masa kanak-kanak ribena selamber habis je dengan free hair, seluar pendek and tshirt terus terjun kolam. Apa ada hal. Ok take time.. Ok finally, perlahan-lahan aku masuk jugak dalam kolam. Duh -__- Apa lagi, terus rasa nak berenang-renang ketepian mendayung sampan ke kuala <-- sheesh, mengarut. Berenang tak pandai mana, tapi berlagak nak apungkan diri. "dik, tengok ni orang boleh terapung haaaa die boleh ke", uhm sangat perasantan dengan adik. Ibu pulak macam takut nak berenang haha tapi Abah perghh memang semangat beliau renang sana-sini. Tak terkecuali adik-adik aku. So selepas sejam lebih berkubang dalam kolam yg airnya agak-agak sejuk plusplus angin yg agak kencang ohhh dinginnya rasa. Ngehe. Al-maklum lah, hotel dekat tepi pantai --> angin pun kuat lah ^__^ 


kalau zoom in ni, muka tahan panas terik. 
(adik edit gambar kan, menarik je contengan tu)


Tengokkk, happy je da masuk kolam.
Sebelah: adik & ibu

Lepas dah mandi-manda dengan family, we changed our clothes and went to kedai pacak at the center of Teluk Kemang. Walk around there like we're one of Negerians yg tau selok belok jalan Teluk Kemang tuh. Yesyes, we've stayed in Seremban, Negeri Sembilan for two years babe, and I was born in Kuala Pilah, Negeri Sembilan and and I'm proud of it, yes, very much :) hobin jang hobin! <-- Negeri's dialect. Kami jalan-jalan && nampak ada  tiga/empat ekor kuda in various size and colours. Menarik. Teringin aku nak naik kuda tapi bila fikir kena tonggengkan badan masa nak naik ke badan kuda, terus cancelkan keinginan aku tu. *facepalm. Jadi, adik-adik aku lah yg berpeluang naik kudaaaaa! Ish. Geram. Grrrrr. 


OK  JAPPPP, ada part kelakar (geli barangkali) sebelum adik-adik aku tunggang kuda tu.


*kudaku lariii gagah beraniiii <-- kasi backround music sikit, lagu syarifah aini*


Masa kitorang tengah tunggu giliran untuk adik-adik aku naik (eh 'tunggang' ke 'naik', tatabahasa fail ke) kuda, ada seekor kuda tu ada depan mata aku, jadi aku nampak satu anggota badan dia. Jarak antara aku dengan kuda tu lebih kurang 10 meter je. Aku tengok kuda tu macam nak menggatal dengan kuda betina sebelah tau. Ada bunyi 'grrr' dia kot haha tipu :p  Tak tipu, fakta. Tapi tu bukan main point cerita ni, chill SAHAJA aku tengah makan pisang goreng depan kuda tuuuu tetiba pshhhhh, kuda tu weewee (buang air kecik)  -____-"  Kuda, boleh faham tak I tengah makan sedap sambil menghirup udara dan angin segar ni asal you buang air kecik kat sini? Please respecttt, I ni pelancong. LOL. Reaction aku macam 'eh rilek ah kuda kencing je pun, aku tak bau hancing lah so it's fine' Omg, seriously mana deria bau aku? Adik aku yg officially jadi calon SPM 2012 pun dah tak selera makan tapi aku selamber boleh 'menikmati' pisang goreng lagi dengan berhadapankan panorama indah yakni seekor kuda sedang berhadas kecil. Ish kenapa dengan aku niii, tak geli ke :O Loq laq. Geliiii, sebenarnya memang geli. Tapi mungkin disebabkan aura keseronokan tu dah menguasai diri dan mungkin dah memonopoli deria bau aku jugak maka jadi cenggitu lah. Mungkin hipotesis ini tidak boleh diterima pakai dalam eksperimen peka sains biologi tapi dalam konteks bella lunatik, apa saja yg logik mahupun tidak logik dapat diterima pakai, sekian. Yesss, give a big round of applause to bella cuz she managed to face that gross challenge. *woohoo* Orang lain yg ada dekat situ pun pandang je kuda tu dengan berperasaan euwww. Tapi aku .. aku pandang sambil makan. Agak-agak korang boleh buat camtu macam aku? Aku cabar, hahaha. Ghoman eh eden cito pasal kudo an (bukan main la aku cite pasal kuda kan).


yeeehaaa. meet my lil brother daniel

weeehuuu. meet my lil sister sara


panjangnya entri ni.. kuatkan semangat k.


Jadi kitorang teruskan berjalan tengok-tengok barang yg menarik. Check wallet .. ok cun cukup untuk beli souvenir kot. Tapi last-last, lain yg dibeli. Sorryyy kawan. Macam yg aku cakap, aura keseronokan tu datang menguasai jasad blablablablablablablablabla aku jadi cenggini lah. Irresistable. Wuwu. Aura keperempuanan semakin menebal kott. Tapi tak shopping gila-gila, shopping barang murah macam beli ikan dekat pasar je x) Masih dalam kawalan. Stop shopping, kitorang cari kedai makan. Aku order asam laksa & sirap limau. Slrrrp. Umangaii, bulih tahan podeh la asam laksa dia (boleh tahan pedas la asam laksa dia), tersedak-sedak aku makan tapi sedapppp. Dah terbukti makcik yg buat asam laksa ni pure nogoei lah, tabik. Sampaikan makanan penang pun jadi pedas berapi, super power ni. Aku dapat habiskan laksa, tinggal tak hirup kuah je sebab masa tengah makan pun dah berhingus. Uhm, benci >.<  


Perut pun dah berisi. Untuk habiskan sisa-sisa masa sebelum pukul 7, kitorang jalan-jalan kejap dekat pantai. Hari yg seronok. Balik tidur zzzz.


Day 2 at PD.
22 January 2012. Bangun pagi, hwahh sejuknya. Oh lupa, ada aircond dekat sini. Rumah takde aircond kan, hidup naturally kihkih. ............. Kitorang keluar pergi breakfast dekat kedai depan pantai. Menu pagi, nasi lemak dengan milo suam. Tetibe milo SUAM, dekat situ sejuk kayy *bajet tengah holiday dekat korea* For the last day dekat PD, kitorang round lagi dekat kedai-kedai jual souvenir/barang-barang tu. Hari tu,  ibu pulak nak membeli dan blah. So we're just boleh comment and give some brilliant idea and opinions as well. 'kaler ni tak ngam dengan ibu la, nampak tuaaa', 'ha baju ni cantikkkk sesuai dengan ibu ni baru nampak vouge, abah mesti suka'. Pukul 12am, kitorang kena check out dari hotel. Waktu tu dah pukul 11. Aku taknak balik hotel lagiii. So my parents izinkan aku & adik untuk terus berjalan dekat situ. Sepanjang kitorang berjalan, sepanjang tu lah kitorang snap gambar. Maksudnya, ambik gambar semasa tengah berjalan. Kan kan? Maksudnye macam tu kan? Orang kiri kanan pandang pelik. Kami pelancong, kami nak tangkap gambar banyak-banyak untuk buat kenangan **taip ON muntah dan hantarkan ke 999


featuring adik



************
Dari pagi waktu breakfast lagi, aku dengan henpon message Ramsey (yess pandai pun korang, arsenal player tu), sebab dia pun ada kat PD pergi bercuti dengan geng arsenal dia. So aku fikir, ni dah kira masa paling cun untuk meet up dengan teman bola kan. Tapi aku nak jumpa si Ramsey je. Kalau boleh abang kesayangan Robin Van Persie sekali aku nak jumpa tapi dia sibuk jaga anak-anak dia yg comei lotte dekat rumah, so tak dapek (dapat). Jadi, aku message Ramsey dengan ayat ajak-ajak ayam untuk berjumpa. Tapi nawaitu sebenarnya memang betul-betul nak jumpa. Kebetulan tetiba dia kata dia ada dekat Teluk Kemang jugak. Aku? Aku mula menggelabah mata mencari-cari dekat mana lah Ramsey ni sekarang, kot-kot aku terserempak dengan dia sebelah-sebelah tapi tak perasan ke. Acano niiii. 


Dan ... tak sampai berapa minit aku baru reply text Ramsey tanya di mana dia, aku nampak seseorang yg rupanya macam Ramsey - tengah bonceng motor berbaju merah di atas jalan raya, jarak antara kitorang yg rasanya memang dekat. Pandang-memandang antara dua orang, dalam hati masing-masing 'betul ke ni dia, muka macam dia, eh betul laa dia la ni OMG'. Hoho sangat UNsangkarable. Boleh pulak kitorang just selisih macam tu je. And terus dapat text dari dia yg berbunyi seakan-akan begini "tadi tu kau kan?" Ya Allah. Memang sah orang tadi tu = RAMSEY. Ish. Terus malu ^^' Dah la time tu tengah panas gila, confirm tudung dengan tak betulnya and baju selekeh, uhm tetiba malu. Duh. Kenapa kau tak tegur orrr jerit and lambai tangan tinggi-tinggi dekat aku sambil cakap "bellaaaaa, ni aku ni weh!" Tak boleh ke? Tak puas hati >.<  Selepas insiden tu ... apa lagi, aku & Ramsey mula membahan and cerita pasal insiden tu. Walaupun kita just dapat selisih je tapi aku dah cukup happy la kan. At least. Kalau kau turun dari motor time tu kan, confirm aku cepat-cepat keluarkan souvenir dari beg aku untuk bagi kau. Then baru kau boleh blah dari situ. Teehee. Sokay la Ramsey, lepas ni kita lepak-lepak tengok kawan kita perform dekat Wembley, Liverpool lawan Cardiff City sambil makan popcorn best jugak. **Ramsey, awak tak kisah kan saya ceghite ni? Ehh awak kan pemes. Hewhew.


kan aku dah cakap, esei bm memang camni.

So yeah, berakhir lah percutian aku di PD dengan pelbagai insiden kelakar, macam 'horror' sikit (konon), && juga turut diselitkan babak-babak yg cuak lagi mencuit hati ahaks.

Terima kasih kerana sudi mencelikkan mata untuk membaca karya aku. XX. *eeee tolong la!

*lepas ni aku & Ramsey 'planning' nak selisih jumpa dekat pulau redang pulak, so tu kira sambungan cerita daripada insiden kat Pd ni lah ok? hahahahahaha

Saturday, January 21, 2012

Rindu pantai #1

Assalamualaikum :]

Wait for me Port Dickson. Tak sabarrr && rindu nak bau pasir laut, bunyi ombak *deshummm*, jalan-jalan dekat pantai sambil ditiup angin yg bukan main best, wah fresh gila. Aku dengar ramai pulak yg nak pergi PD cuti raya cina ni. Haha. Korang nampak aku, tegur lah :) *haha tegur tu perlu



June 15th 2011, PD


Hahaha. Sumpah sebenarnya memang aku excited sangat ni nak pergi pantai. Pastu balik kampung. Tak ke best tu? Jadi, aku takkan dapat melagho depan pc agaknya, busy holidayyy hahaha :P So, jumpa nanti! Happy holiday :D !!

Friday, January 13, 2012

Three days of work experience at nursery was fun

Assalamualaikum :]  *post entry sebelum ni lupa nak bagi salam kihkih


"Wey bella, kau lepas spm nak buat apa do?"
"Err aku nak kerja ah cari duit ambek lesen pergi kelas memasak, kelas bahasa inggeris pastu pastu an aku nak pergi kelas menjahit potpet potpet potpet ye la kan cuti lame uhh takkan aku duduk rumah hahahaha potpet pungpang"
"Ohh ok ok dah ar tu, ghoman eh kau banyak na kau nak buek, macam dapek!"


Masing-masing bila dah habis SPM semua nak cari kerja, buat lesen, rata-rata semua taknak stay dekat rumah tolong mak dekat dapur ke kan. Same goes to me lah teehee. (my mom is working dude) So after SPM habis, enjoy sebulan di rumah. Aku apply 1 kerja, dekat pusat tuition budak-budak. Pergi interview and isi borang semua dengan kawan aku and and .. yes dapat kerja. Haha excited. Come on laa aku excited k tolong happy sikit? LOL. But when it comes to payment ... gaji bibik buat kerja rumah 3jam sehari lagi banyak. Sungguh tak patut lah. Just because we're SPM leavers with no any qualifications, it doesn't mean you can put a little charge like that. Macam sesuka hati je. Nggak bisa deh. see, kan dah keluar bahasa indonesia dah -__-


So ye lah, memang aku tak terima kerja tu pun hahaha demand ke? Seriously I'm not demanding nak gaji banyak-banyak ke apa tapi bersesuaian lah sikit dengan tenaga yg diberikan waktu mengajar tu, nak tergolak eden dengar dapat gaji yg macam sangat sikit. Yes, sangat sikit. Do I have to mention it againnn? Ergh, menci tau.


Pendapat yg aku terima dari ibu & abah aku, "Tak berbaloi lah kerja situ kakak, kerja apa gaji ciput camtu. Ibu pun boleh bagi kakak gaji duduk rumah je jage adik-adik ye". *facepalm. Hmm nak buak guano. As I'm the eldest in my siblings, I have to be responsible lah hewhew kakak yg baik kan ^__^  LOL.


************

Selang beberapa hari pastu, I got a phone call from my makwe, Tyaa. (click click).


"Weh, kau nak kerja tak?"
"Hah, nak arrr kerja apa?"
"Kerja tadika/taska, jom ar kau siap cepat nanti pergi interview"
"OMG OMGGG, gaji beghapo? Kek mano? Kau main serang je, aku taktau pape ni"
"Kau datang rumah aku dulu hehe"


Wawawawa. Kerja tadika/taska k. Asal kerja kena berkaitan dengan budak-budak? I love kids, miewmiewmiew <-- eee menunjuknya. Tapi aku harap gajinya sesuai && tak macam gaji kerja yg aku apply sebelum ni. Teehee. Ok dah siap, simple shirt with jeans. Pergi interview dengan Tyaa. Sampai tadika, dah nampak suasana budak-budak, yeay ada budak-budak. Sangat comel weh OMG. The boss panggil for interview mintak resume apa semua, terus dapat kerja and boleh mula kerja sekarang. Oh my oh my, senangnya dapat kerja. Pekerja sangat diperlukan lettew. Haha.


Aku & Tya started our job with playing around with those kids. Omei angatt >.< Balik pukul 7+ pm. Dari pukul 1+ pm.




The real first day kerja mula pada esok harinya, aku datang lambat pukul 7:40am kot. Teehee, lambat 40 minit. Pekerja baru awal-awal dah buat perangai. Boss baik, tak apa. Haha. Aku datang dengan muka menyengih-nyegih sebab dah tak sabar nak tengok budak-budak kecik tu. Tapi akak dekat taska tu dah berdialog dulu "Nabilaaa kenapa datang lambat nii, jaga aneesa tengah nangis, akak nak gi buat susu untuk dia". Hehe ok kak. Aku & akak tu kena jaga 5 budak comel, perangai masing-masing unik. Ok fine, 5 je kan? Tapi petang tengahari nanti ada berbelas budak tadika transit ke situ and it was really chaos, ramai sangat budak. So pagi tu, melayan kanak-kanak. It was fun fun fun!


♥ Faris Zaquan - 2/3 years old I guess. Suke nyonyot. Mata sepet. Aktif. *tak reti bercakap lagi tapi suka bercakap && nasib lah saya faham bahasa dia :P
Aidil Muszaffar - 3 years old. Ben10 is his thing. *tak reti bercakap lagi
Umar - 3 years old. Tak banyak kerenah sangat. Tapi bila dah dapat kawan, baru nak bercakap.
Aneesa - 3 years old. The only girl yg suke menangis/merengek. But then after 3days, dia boleh diam pulak.
Muhammad Arfan Iqbal - 4 years old. Sangat manja. Dah pandai bercakap. **the boy I miss the most sobs.


Arfan is one of the sweetest little boy I've ever met. Muka dia comel & gila sweet. *anak siapa la ni, awesome betul gabungan benih ibubapa dia hahahaha biology term ok* Aku suka bila Arfan cakap "kakakkk, nak dukung *sambil angkat tangan mintak untuk didukung*" Ya Allah, comeinye. Bila rasa nak kenakan Arfan, "kakak penat lah, nanti lah dukung eh" lepas tu confirm dia merengek uwek uwekk >.< HAri demi hari, aku makin sayang dekat budak-budak ni. Bayangkanlah tengok dorang seronok & perangai manja-manja && main-main dengan dorang sekali. 


And I'm really dissapointed when ibu said "kakak tak payah kerja lagi lah, jaga adik-adik pulak". Nak tak nak, I have to. Ibu offer me buat lesen kereta kalau berhenti kerja. Tapi memang kena berhenti pun kan for the sake of ibu ♥  Last day, aku tenung semua muka kanak-kanak dekat situ. Nanti mesti rindu. And yes I miss them badly now. 


Bila kawan-kawan aku tanya (terutamanya lelaki), kau kerja mana? Kerja taska. Dorang mesti akan gelak, "hahahahaha kau lembut ke, best ke jaga budak-budak hahaha". Lah, aku nampak kasar sangat ke? Luaran mungkin lah kasar kan. Tapi dalam hati ada taman ^.^ Kerja taska/tadika 'senang' je & menyeronokkan sebenarnya kalau kita suka budak-budak. Kita cuma perlu ada sifat keibuan sikit. Kata boss tadika/taska tu. And yeah, nampaknya aku dah mencungkil sifat keibuan yg ada dalam diri aku hiiiihi muntah please :p


Three days of work experience at nursery was really fun. No regrets at all. I just miss them so much. Huuuu. Sekarang, aku tengah santai di rumah sambil menunggu masa untuk ambek adik dekat tadika. Teehee.


*sangat best bila cerita pasal budak-budak sampai rasa teringin nak kahwin cepat? Nehh lupakan.

Monday, January 02, 2012

Dear 2012

Goodbye 2011 


I had quite many memories throughout the year 2011, I guess (?). Being a form five student was really toughen up myself. Thanks 7teen, you teached me a lotssss - how to be more responsible, caring, and being kind to everyone even though some of them have made a wrong doing to me. I don't give a damn.


Sepanjang tahun 2011 ni, ada beberapa kenangan yg aku takkan dapat lupakan. Ada yg buat aku sedih, ada yg gembirakan aku sampai tahap maksima, and and for sure ada jugak yg bahan aku sampai aku pun dah lali. <-- Oh yeah, thanks ek kawan-kawan, aku pun dah pandai bahan orang haha gila :)  <-- bukan satu kebaikan hehe.


" Oh yes, the past can be fun hurt. But you either run from it or learn from it "


Take it or leave it. <-- Bila kita ada masalah/dugaan, kita ada dua pilihan je; ambek masalah tu sebagai experience and lessons or run away from that problem. But if we keep run away from that problem, it won't solve lah. So we just have to face it berbekalkan doa dan tawakkal.


So as day goes by, pengalaman membuatkan diri kita matang. Bukan pada umur, umur tu sekadar nombor semata-mata. Aku dah 18 tahun dah 2012 ni. "Dah besar dah anak abah ni" -Abah. Hehe ye la abah, kakak pun tak sedar >.< Baru nak mengenal dunia. Makin besar cabaran. Tak macam time sekolah 'dulu', dunia kita kat sekolah je huii memang seronok. So bila dah 18 tahun ni, perangai tu kena makin bertambah senonoh lah orang tua kata. <-- baik budak ni, mendengar kata hahahaha :O  ||> weh lupaaa, belum cabut lagi kalendar 2011 hahaha <|| Sayang nak tinggalkan tahun 2011. 


"Some people are just acquaintances in your life so you really don’t need to feel bad about them walking out of your life. Without them, i’m sure your life will be better and whatever you’re regretting, it’s too late now so you must accept it. Someday they’ll regret hurting you so much and leaving you behind."


Berdasarkan ayat di atas menerangkan bahawa.. 
"Sebanyak mana pun kenalan yg kita ada tak bermakna semuanya berguna pada kita dan kekal bersama kita sebab rata-rata dari mereka ada je yg hampeh and useless. Orang yg kita kenal tu datang dan pergi, kadang2 tanpa mengucapkan sepatah kata 'selamat tinggal' sekali pun malah pergi dari hidup kita begitu sahaja. Memang sedih dan hampa jika dikenangkan tetapi kita anggap saje bahawa kita tiada rezeki untuk kekal berkenalan bersama mereka dan berfikiran positif ; akan ada orang baru yg datang dalam hidup kita selepas ni. Yakin bahawa hidup akan jadi lebih bermakna dan bertambah baik walaupun tanpa mereka yg tinggalkan kita dalam keadaan terkontang-kanting atau sebaliknya dan walau apa pun yg kita sesalkan sudah terlambat, kita perlu cube terima dengan seikhlas habis dan redha. Kadang2 hidup tak perlukan ramai kawan 1000 orang di friendlist fb kita atau dalam kehidupan sebenar. Cukuplah kita ada beberapa orang kawan yg sangat memahami kita dan sanggup bersusah payah bersama tatkala kita dalam keadaan memerlukan. Ada kawan 7/8 orang atau beberapa bestfriend pun sudah memadai. Tak perlu kita mengejar BILANGAN kawan yg kita ada, tapi lihatlah sejauh mana SEJATInya kawan kita bersama kita. Dan satu hari nanti, mereka akan menyesal kerana melukakan hati kita dan akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan kita di belakang kerana mereka malu akan kesalahan yg mereka lakukan. At the end of the day, experience teach us. We just have to find a true friend.(ok ni contoh jawapan spm terbaik kihkih)

So biarkan pengalaman & kenangan tahun lepas (2011) jadi satu memori & dah pun jadi sejarah dalam hidup. Tutup buku 2011.

MUKA BUKU BARU TAHUN DUARIBUDUABELAS DENGAN RESOLUSI YG BARU.
Another chance for us to make it right.
Bismillah..

Dear 2011, thank you for reminding me how beautiful my family is, how great my friends are, how love is the best feeling in the world, how challenging a life can be and how important is to live every second like it's the last one.

Dear 2012, I know you are going to be WAY better than 2011. Please prove me right. I will start making a change today. Firstly to myself, and then to the people around me. InshaAllah.

"Pesan pada diri: tabahkan hati kuatkan semangat. Pesan pada hati: kukuhkan iman, banyakkan zikrullah. Pesan pada naluri: jangan mengeluh, jangan kecewa"