Thursday, January 26, 2012

Rindu pantai #2

Assalamualaikum :]

Hai korang, jumpa lagiiii :) Dua hari di Port Dickson memang cooollll. Ehem, bercuti dekat tepi pantai, memang la sejuk angin kuat. LOL. Sila kuatkan semangat ketika membaca entri ni, mungkin entri ini akan menjadi agak panjang dan berjela yg mampu mengatasi 350++ patah perkataan di dalam esei BM yg saya telah lakukan semasa SPM 2011.

Day 1 at PD.
21 January 2012. Alhamdulillah around 12 pm, sampai hotel dekat Teluk Kemang, PD. Aduh. Paneh bona laa tengah haghi camnih, memang lawak bila 2 hari cuti je beg baju berlambak gila && banyak nak kena angkut haha ye lah lepas pergi PD nak balik kampung, bertimbun baju bawak. Haha tipu -..-  Lepas abah eden dah check in, kitorang memang ambek masa agak lama untuk angkut beg,  masalahnya nama je beg ada roda tapi rodanya dah rosak, tak pasal kena angkut. *oh oh sorry sentences repeated i guess*  Hotel yg kitorang stay memang terlebih cukup katil bagi keluarga yg mempunyai ahli seramai 6 orang ye. 2 katil king, 3 katil single. Oh shoootttt, adik aku dah cop katil king. Terpaksa aku ambik katil untuk seorang -___- Tapi apa-apa je lah kan, aku dah ada kat PD. *buat muka happy sikit :D  Plan pertama yg kami buat bila kitorang sampai je sana = TIDUR. Rehatkan mata && badan lepas 3 jam dalam kereta dari Puncak Alam haha then terus nak pergi main air dekat swimming pool! Ermm dah lupa lah bile last aku pergi swimming. Jadi untuk lepaskan kemaruk main air, aku & family pakat ramai-ramai nak terjun swimming pool - uwwww cool family kann? LOL. Paling kelakar tengok adik-adik aku gila excited. Nak pelampung apa semua. Padahal takde besar mana pun kolam tu. Cukup la untuk kita sekeluarga haha tipu lagiiii :) 


Memang makan masa beberapa minit untuk aku masuk dalam kolam tu. Jangan tanya kenapa. Sebab rasa janggal dah besar panjang ni masuk kolam. Ahah. Dulu masa kanak-kanak ribena selamber habis je dengan free hair, seluar pendek and tshirt terus terjun kolam. Apa ada hal. Ok take time.. Ok finally, perlahan-lahan aku masuk jugak dalam kolam. Duh -__- Apa lagi, terus rasa nak berenang-renang ketepian mendayung sampan ke kuala <-- sheesh, mengarut. Berenang tak pandai mana, tapi berlagak nak apungkan diri. "dik, tengok ni orang boleh terapung haaaa die boleh ke", uhm sangat perasantan dengan adik. Ibu pulak macam takut nak berenang haha tapi Abah perghh memang semangat beliau renang sana-sini. Tak terkecuali adik-adik aku. So selepas sejam lebih berkubang dalam kolam yg airnya agak-agak sejuk plusplus angin yg agak kencang ohhh dinginnya rasa. Ngehe. Al-maklum lah, hotel dekat tepi pantai --> angin pun kuat lah ^__^ 


kalau zoom in ni, muka tahan panas terik. 
(adik edit gambar kan, menarik je contengan tu)


Tengokkk, happy je da masuk kolam.
Sebelah: adik & ibu

Lepas dah mandi-manda dengan family, we changed our clothes and went to kedai pacak at the center of Teluk Kemang. Walk around there like we're one of Negerians yg tau selok belok jalan Teluk Kemang tuh. Yesyes, we've stayed in Seremban, Negeri Sembilan for two years babe, and I was born in Kuala Pilah, Negeri Sembilan and and I'm proud of it, yes, very much :) hobin jang hobin! <-- Negeri's dialect. Kami jalan-jalan && nampak ada  tiga/empat ekor kuda in various size and colours. Menarik. Teringin aku nak naik kuda tapi bila fikir kena tonggengkan badan masa nak naik ke badan kuda, terus cancelkan keinginan aku tu. *facepalm. Jadi, adik-adik aku lah yg berpeluang naik kudaaaaa! Ish. Geram. Grrrrr. 


OK  JAPPPP, ada part kelakar (geli barangkali) sebelum adik-adik aku tunggang kuda tu.


*kudaku lariii gagah beraniiii <-- kasi backround music sikit, lagu syarifah aini*


Masa kitorang tengah tunggu giliran untuk adik-adik aku naik (eh 'tunggang' ke 'naik', tatabahasa fail ke) kuda, ada seekor kuda tu ada depan mata aku, jadi aku nampak satu anggota badan dia. Jarak antara aku dengan kuda tu lebih kurang 10 meter je. Aku tengok kuda tu macam nak menggatal dengan kuda betina sebelah tau. Ada bunyi 'grrr' dia kot haha tipu :p  Tak tipu, fakta. Tapi tu bukan main point cerita ni, chill SAHAJA aku tengah makan pisang goreng depan kuda tuuuu tetiba pshhhhh, kuda tu weewee (buang air kecik)  -____-"  Kuda, boleh faham tak I tengah makan sedap sambil menghirup udara dan angin segar ni asal you buang air kecik kat sini? Please respecttt, I ni pelancong. LOL. Reaction aku macam 'eh rilek ah kuda kencing je pun, aku tak bau hancing lah so it's fine' Omg, seriously mana deria bau aku? Adik aku yg officially jadi calon SPM 2012 pun dah tak selera makan tapi aku selamber boleh 'menikmati' pisang goreng lagi dengan berhadapankan panorama indah yakni seekor kuda sedang berhadas kecil. Ish kenapa dengan aku niii, tak geli ke :O Loq laq. Geliiii, sebenarnya memang geli. Tapi mungkin disebabkan aura keseronokan tu dah menguasai diri dan mungkin dah memonopoli deria bau aku jugak maka jadi cenggitu lah. Mungkin hipotesis ini tidak boleh diterima pakai dalam eksperimen peka sains biologi tapi dalam konteks bella lunatik, apa saja yg logik mahupun tidak logik dapat diterima pakai, sekian. Yesss, give a big round of applause to bella cuz she managed to face that gross challenge. *woohoo* Orang lain yg ada dekat situ pun pandang je kuda tu dengan berperasaan euwww. Tapi aku .. aku pandang sambil makan. Agak-agak korang boleh buat camtu macam aku? Aku cabar, hahaha. Ghoman eh eden cito pasal kudo an (bukan main la aku cite pasal kuda kan).


yeeehaaa. meet my lil brother daniel

weeehuuu. meet my lil sister sara


panjangnya entri ni.. kuatkan semangat k.


Jadi kitorang teruskan berjalan tengok-tengok barang yg menarik. Check wallet .. ok cun cukup untuk beli souvenir kot. Tapi last-last, lain yg dibeli. Sorryyy kawan. Macam yg aku cakap, aura keseronokan tu datang menguasai jasad blablablablablablablablabla aku jadi cenggini lah. Irresistable. Wuwu. Aura keperempuanan semakin menebal kott. Tapi tak shopping gila-gila, shopping barang murah macam beli ikan dekat pasar je x) Masih dalam kawalan. Stop shopping, kitorang cari kedai makan. Aku order asam laksa & sirap limau. Slrrrp. Umangaii, bulih tahan podeh la asam laksa dia (boleh tahan pedas la asam laksa dia), tersedak-sedak aku makan tapi sedapppp. Dah terbukti makcik yg buat asam laksa ni pure nogoei lah, tabik. Sampaikan makanan penang pun jadi pedas berapi, super power ni. Aku dapat habiskan laksa, tinggal tak hirup kuah je sebab masa tengah makan pun dah berhingus. Uhm, benci >.<  


Perut pun dah berisi. Untuk habiskan sisa-sisa masa sebelum pukul 7, kitorang jalan-jalan kejap dekat pantai. Hari yg seronok. Balik tidur zzzz.


Day 2 at PD.
22 January 2012. Bangun pagi, hwahh sejuknya. Oh lupa, ada aircond dekat sini. Rumah takde aircond kan, hidup naturally kihkih. ............. Kitorang keluar pergi breakfast dekat kedai depan pantai. Menu pagi, nasi lemak dengan milo suam. Tetibe milo SUAM, dekat situ sejuk kayy *bajet tengah holiday dekat korea* For the last day dekat PD, kitorang round lagi dekat kedai-kedai jual souvenir/barang-barang tu. Hari tu,  ibu pulak nak membeli dan blah. So we're just boleh comment and give some brilliant idea and opinions as well. 'kaler ni tak ngam dengan ibu la, nampak tuaaa', 'ha baju ni cantikkkk sesuai dengan ibu ni baru nampak vouge, abah mesti suka'. Pukul 12am, kitorang kena check out dari hotel. Waktu tu dah pukul 11. Aku taknak balik hotel lagiii. So my parents izinkan aku & adik untuk terus berjalan dekat situ. Sepanjang kitorang berjalan, sepanjang tu lah kitorang snap gambar. Maksudnya, ambik gambar semasa tengah berjalan. Kan kan? Maksudnye macam tu kan? Orang kiri kanan pandang pelik. Kami pelancong, kami nak tangkap gambar banyak-banyak untuk buat kenangan **taip ON muntah dan hantarkan ke 999


featuring adik



************
Dari pagi waktu breakfast lagi, aku dengan henpon message Ramsey (yess pandai pun korang, arsenal player tu), sebab dia pun ada kat PD pergi bercuti dengan geng arsenal dia. So aku fikir, ni dah kira masa paling cun untuk meet up dengan teman bola kan. Tapi aku nak jumpa si Ramsey je. Kalau boleh abang kesayangan Robin Van Persie sekali aku nak jumpa tapi dia sibuk jaga anak-anak dia yg comei lotte dekat rumah, so tak dapek (dapat). Jadi, aku message Ramsey dengan ayat ajak-ajak ayam untuk berjumpa. Tapi nawaitu sebenarnya memang betul-betul nak jumpa. Kebetulan tetiba dia kata dia ada dekat Teluk Kemang jugak. Aku? Aku mula menggelabah mata mencari-cari dekat mana lah Ramsey ni sekarang, kot-kot aku terserempak dengan dia sebelah-sebelah tapi tak perasan ke. Acano niiii. 


Dan ... tak sampai berapa minit aku baru reply text Ramsey tanya di mana dia, aku nampak seseorang yg rupanya macam Ramsey - tengah bonceng motor berbaju merah di atas jalan raya, jarak antara kitorang yg rasanya memang dekat. Pandang-memandang antara dua orang, dalam hati masing-masing 'betul ke ni dia, muka macam dia, eh betul laa dia la ni OMG'. Hoho sangat UNsangkarable. Boleh pulak kitorang just selisih macam tu je. And terus dapat text dari dia yg berbunyi seakan-akan begini "tadi tu kau kan?" Ya Allah. Memang sah orang tadi tu = RAMSEY. Ish. Terus malu ^^' Dah la time tu tengah panas gila, confirm tudung dengan tak betulnya and baju selekeh, uhm tetiba malu. Duh. Kenapa kau tak tegur orrr jerit and lambai tangan tinggi-tinggi dekat aku sambil cakap "bellaaaaa, ni aku ni weh!" Tak boleh ke? Tak puas hati >.<  Selepas insiden tu ... apa lagi, aku & Ramsey mula membahan and cerita pasal insiden tu. Walaupun kita just dapat selisih je tapi aku dah cukup happy la kan. At least. Kalau kau turun dari motor time tu kan, confirm aku cepat-cepat keluarkan souvenir dari beg aku untuk bagi kau. Then baru kau boleh blah dari situ. Teehee. Sokay la Ramsey, lepas ni kita lepak-lepak tengok kawan kita perform dekat Wembley, Liverpool lawan Cardiff City sambil makan popcorn best jugak. **Ramsey, awak tak kisah kan saya ceghite ni? Ehh awak kan pemes. Hewhew.


kan aku dah cakap, esei bm memang camni.

So yeah, berakhir lah percutian aku di PD dengan pelbagai insiden kelakar, macam 'horror' sikit (konon), && juga turut diselitkan babak-babak yg cuak lagi mencuit hati ahaks.

Terima kasih kerana sudi mencelikkan mata untuk membaca karya aku. XX. *eeee tolong la!

*lepas ni aku & Ramsey 'planning' nak selisih jumpa dekat pulau redang pulak, so tu kira sambungan cerita daripada insiden kat Pd ni lah ok? hahahahahaha

No comments: