Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

When girl cry, guys should know this

Assalamualaikum :]


Aku saje nak copy and paste ketepek kat sini. Soooo, bacalah dan hayati. Huahahaha.


BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana kau wahai seorang lelaki? *tu diaaaa dah mengayat dahhh* Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Renung-renungkan :)


*tetibe emotional apehal cha? 

Friday, January 27, 2012

Semua mesti tahu, lelaki mesti kena TAHU

Assalamualaikum :]


Quick post. quick la sangat. Sedang santai lepaking di rumah makan nasi, aku tengok tv cerita 'Aku Masih Dara'. Ehem. Asyraff Muslim ada berlakon eh? Ahah. Lelaki idaman wanita la kannn. Dia dah berpunya. Harap kita dapat jodoh sama macam si Asyraff Muslim tu. Tak payah aku listkan ciri-ciri lelaki idaman kita. Semua dah tahu ^__^


Bila tengok movie tu balik, aku rasa macam kesian dekat pelakon Diana Amir. Sebab dalam  cerita tu dia nampak sexy sangat (ciptaan tuhan kan) and sekarang dia dah bertutup sempurna which means tutup aurat. taktau nak buat ayat cantik, maaf. The thing is, dia kan dah jumpa jalan yg betul tutup aurat semua --- kenapa pihak astrock masih siarkan cerita tu yg boleh mengaibkan dirinya sendiri? Tu lah masalahnya yg aku tertanya-tanya dan kurang berpuas hati. Itu macam maruah kita telah direndahkan dan memalukan diri, sedangkan kita dah pun metutup aurat. Sepatutnya pihak astrock tak ambik ringan pasal hal-hal macam ni. Bukan setakat pihak astrock je lah. Dari semua pihak. Contoh: kawan kau dah bertudung litup sempurna and perangainya pun semakin baik tapi kau still lagi publickan gambar kau dengan dia yg tak bertutup dulu. No no no. Cannot liddat. Sebab setiap orang yg pandang gambar dia tak tutup aurat tu adalah dosa. Silap-silap kita pun dapat dosa sebab menayangkan aurat orang lain yg dah pun insaf menutup aurat. --> Nampak manis je Diana Amir tutup aurat. Tengok tu, siap tutup  dagu lagi ;')


Jadi tegasnya di sini; tak elok kita buat macam tu. Apa la salahnya kita jangan siarkan lagi aib orang sebelum dia bertutup (tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan).


************
Lepas dah tengok tv, bukak pc jalan-jalan dekat blog The Other Khairul. Ahah, antara blogger lelaki paling awesome lah aku rasa. Ehem, tersedak TheOtherKhairul tengah minum kopi cap AhLi cafe. Tertarik dengan tajuk post dia 'Sebenarnya apa yg gadis Malaysia nak' (click this link  http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/09/sebenarnya-apa-yang-gadis-malaysia-nak.html) Tajuk post dia memang tak pernah tak cool. Malas nak cerita panjang, sila lah baca post tu tau - biar anda (khas pada lelaki) semua faham. *mendesak*

Kalau malas nak baca post tu, aku ringkaskan. Ada seorang laki tanya dekat web formspring kepunyaan TheOtherKhairul. 

"Girls please drop by your opinion, what do you wanna fine in men. Please describe it just only in one word"

Ramai perempuan yg jawab, and mostly jawapannya: iman, ikhlas, manly, setia, jujur.

Seriously korang memang harus baca karya Khairul.
Saje nak petik dari ayat anonymous, dekat post Khairul tu pun ada.
Ni antara salah satu jawapan yg paling cool & cambest yg dijawab oleh seorang perempuan daripada soalan lelaki tu;

"Tahu.

Dia tahu apa yg patut dia buat.
Dia tahu apa yg wajib dia jalankan.
Dia tahu mana buruk mana baik.

Pendek kata, dia tahu. Kemudian dia akan tahu tanggungjawabnya. TAHU untuk jujur, untuk setia, dan untuk ikhlas, dsb"

Simple je kan. Seorang perempuan nak seorang lelaki yg TAHU. Bila lelaki dah tahu, dia akan buat apa yg baik dan jauhkan yg buruk.




Ustaz Don Daniyal. 
Siapa kata ustaz tak boleh bergaya camni. Frankly speaking, memang hensem :)

*semoga kita dapat jodoh yg baik-baik, amin ^__^